Sunday, 5 June 2016

Ramadhan Tanpa Atuk

Ini adalah kali pertama kami bersahur tanpa atuk. Pada akhir bulan lepas,atuk saya telah kembali kepada penciptanya. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira2 selepas isyak. Sedih rasanya apabila mengenangkan tiada lagi insan yang akan mengejutkan kami untuk bangun bersahur. Tiada ada lagi insan yang akan membawa kami dua beradik ke bazaar ramadhan. Atuk,kami semua sayang atuk. Pemergian atuk memberi kesan yang sangat dalam buat kami. Kami sayang atuk. Moga atuk tenang di sisi Allah.Moga atuk tergolong dalam kalangan orang2 yang beriman. Al -Fatihah...

No comments:

Post a Comment