Monday, 6 June 2016

Aduh!!! Penatnyaaa....

Mungkin ramai di antara kita rasa tak bertenaga,penat,lesu semasa bulan puasa ni. Tekak rasa haus je. Tengok air kolah pun macam nampak air milo ais je. Nyummm.. Nyummm.. Maklumlah,hauskan. Tapi kalau bukan bulan puasa,amboii kemain sombong. Tak nak pun minum air. Konon2 air tu manislah,tak sihatlah,tak sedaplah. Tapi kalau bulan puasa,pantang tengok je dah telan air liur. Amboiii.. Sebenarnya kita cepat berasa haus dan tidak bertenaga kerana kurang air dalam badan. Maklumlah,semua orang puasakan,so tak boleh nak minum air yang secukupnya.
Tapi jangan risau!!! Hari ini saya akan bantu anda untuk minum 3 liter air sehari walaupun anda berpuasa. Macam mana??? Jenggg.. jengggg.. Jengggg... Ok begini. Jika kita hendak minum 3 liter air setiap hari dalam keadaan berpuasa,ini adalah caranya: 1 gelas=250ml 2 gelas sebelum makan sahur 2 gelas lepas makan sahur 1 gelas sewaktu buka puasa sebelum makan makanan berat 2 gelas lepas makan makanan berat 1 gelas sebelum menunaikan solat magrib 1 gelas selepas solat magrib 1 gelas sebelum solat isyak 1 gelas selepas solat isyak 1 gelas sebelum tidur Here you go! Anda telah berjaya untuk minum 3 liter air dalam sehari. Tahniah2. Bravo!! Kekal cergas di bulan puasa. Agar amalan dapat dijaga. Byeee.. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment