Wednesday 22 June 2016

Mana Satu Nak Buat???!!!!

Assalamualaikum semua. Allahuakbar. Memang banyak betul assignment dan presentation nak dibuat. Penat nak memikir. Apa yang nak dikejar. Mana nak cari bahan. Waduhhh.. Waduuhhh.. Awalnya ada assignment subjek psikologi. Kemudian ada pula kena buat presentation ELP (Inggeris) . Hari jumaat lepas dapat pula assignment untuk ulum Quran. Dan nk dijadikan cerita,semalam dapat lagi tugasan presentation untuk bahasa Arab. Paling memeningkan adalah bila,tak cukup bahan nk buat assignment dan presentation ni. Buku dekat library semua dah kena rembat dengan kawan lain. Senior pula tak ada,sebab merek cuti sem. Oohhh My Allah!!!! Hahahaha. Tapi alhamdulillah, ada senior yang tak balik,bantu nak buat assignment. Bagi sokongan n motivasi yang cukup mantap. Senang sikit hati ni. Moga dapatlah buat assigment ni dengan baik dan lancar.Moga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.

#KuimPilihanBijak

Mana Satu Nak Buat???!!!!

Assalamualaikum semua. Allahuakbar. Memang banyak betul assignment dan presentation nak dibuat. Penat nak memikir. Apa yang nak dikejar. Mana nak cari bahan. Waduhhh.. Waduuhhh.. Awalnya ada assignment subjek psikologi. Kemudian ada pula kena buat presentation ELP (Inggeris) . Hari jumaat lepas dapat pula assignment untuk ulum Quran. Dan nk dijadikan cerita,semalam dapat lagi tugasan presentation untuk bahasa Arab. Paling memeningkan adalah bila,tak cukup bahan nk buat assignment dan presentation ni. Buku dekat library semua dah kena rembat dengan kawan lain. Senior pula tak ada,sebab merek cuti sem. Oohhh My Allah!!!! Hahahaha. Tapi alhamdulillah, ada senior yang tak balik,bantu nak buat assignment. Bagi sokongan n motivasi yang cukup mantap. Senang sikit hati ni. Moga dapatlah buat assigment ni dengan baik dan lancar.Moga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.

#KuimPilihanBijak

Sunday 19 June 2016

Ayah...

Ayah,
Suara azanmu ditelingaku begitu merdu,
Kau menangis,merintih,
Kau memelukku dengan penuh sayu,
Pelukkan yang menghangatkan tubuhku.

Ayah,
Tatkala fajar menyinsing pagi,
Kau sudah bersedia di pintu jendela,
Memakai baju segak bergaya,
Keluar..
Menapak...
Dan terus menapakk..
Demi aku,
Demi ibu,
Demi kita.

Ayah,
Tatkala kau sedang gering dilanda sakit,
Senyuman di bibirmu tak pernah lekang,
Manis,ceria,gembira.

Ayah,
Setiap keringat yang kau keluarkan untukku,
Tak mampu aku bayar dengan wang ringgit,
Kaulah yang membesarkanku dengan penuh kasih sayang dan perhatian.

Ayah,
Pengorbananmu terlalu besar,
Tak mampu aku balas dengan harta,
Tak mampu aku balas dengan kata.

Ayah,
Aku sayang padamu.

Sunday 12 June 2016

Kelas Tilawah Al-Quran. Ohh My Allah!!!

Assalamualaikum. Opppsss.. Sorry. Dah lama pula tak update. Maklumlah,agak sibuk sikit uruskan macam2 hal. Ok,ceritanya macam ni. Khamis lepas,iman ada kelas Tilawah Al-Quran. So kami ni gigihlah berjalan dari rumsis ke fakulti API. Bila sampai di sana,lecture kami belum sampai. So kami pun duduk melayan mood masing2. Tetiba ketua kami keluar dari kelas. Tapi kami buat tak tau je. Bila dia masuk balik,dia edarkan kertas. Sorang kena ambil sehelai.
Haaaa.. Nilah dia. Surah2 ni perlu kami hafal. Mula2 tu terkejut juga. Banyak tu surahnya. Tapi alhamdulillah surah2 ni surah lazim dan pendek. Senang sikit nak hafal. Mungkin ini adalah titiknya untuk kami berubah menjadi insan yang cinta pada al-Quran. Moga ini juga menjadi titik perubahan yang baik untuk kita semua.Moga Allah permudahkan segala urusan Iman dan kawan2 utk menghafal surah2 ni dgn tajwid dan bacaan yang betul. Dan semoga kami dapat ditasmek dengan mudah dan lancar. Doakan kami berjaya di dunia dan akhirat. Moga kami dapat menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara kami. Wallahualam. Opsss.. Lupa nak bagi tau, kelas batal pula.. Adehhh!

Wednesday 8 June 2016

First Class

Fuuuhhh... Penat betul hari ini. Dahlah puasa. Dengan kelas sampai ke petang. Pengsaannn... Pengsaaannn.. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun perut berbunyi2 minta diisi dari tengah hari tadi. Bertabahlah wahai perut. Hahaha.Alhamdulillah tadi dah selesai daftar subjek. Lega sikit hati ini. Tadi pun dah mula kelas bahasa arab. Alhamdulillah ustaznya baik. Handsome lak tu. Opppsss.. Haha. Moga lepas ni bolehlah cakap arab n faham bahasa al Quran ni,insyaallah. Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat. Insyaallah. May Allah bless us. Byeee...

Tuesday 7 June 2016

Saya VS KUIM


Selamanya harimau KUIM,
Selagi kita bernyawa,
Oooo...KUIM kau kebanggaanku!

Ehhhhh... Nyanyi lak kan. Haha. Sebenarnya mungkin ramai yang tak tau lagi. Saya sebenarnya merupakan mahasiswi Kolej Universiti Islam Melaka. Cuba teka saya ambil kos apa? Jenggg jengggg.. Cepat teka!!! Siapa dapat teka saya bagi lollipop. Hahaha. Cepat!!! Cepat!!! Alaaa... Lambatlah korang ni. Hahaha. Sebenarnya saya merupakan mahasiswi dari diploma kaunseling. Baru semestar 1. Hihi. Tapi poyo mengalahkan budak ijazah. Opppsss.. Haha. Tapi kepada sesiapa yang ada masalah,ada tekanan bolehlah share dengan saya. No problem! Berjuang demi hidup!!! Yeaaahhhh!!!Wallahualam.

Monday 6 June 2016

Aduh!!! Penatnyaaa....

Mungkin ramai di antara kita rasa tak bertenaga,penat,lesu semasa bulan puasa ni. Tekak rasa haus je. Tengok air kolah pun macam nampak air milo ais je. Nyummm.. Nyummm.. Maklumlah,hauskan. Tapi kalau bukan bulan puasa,amboii kemain sombong. Tak nak pun minum air. Konon2 air tu manislah,tak sihatlah,tak sedaplah. Tapi kalau bulan puasa,pantang tengok je dah telan air liur. Amboiii.. Sebenarnya kita cepat berasa haus dan tidak bertenaga kerana kurang air dalam badan. Maklumlah,semua orang puasakan,so tak boleh nak minum air yang secukupnya.
Tapi jangan risau!!! Hari ini saya akan bantu anda untuk minum 3 liter air sehari walaupun anda berpuasa. Macam mana??? Jenggg.. jengggg.. Jengggg... Ok begini. Jika kita hendak minum 3 liter air setiap hari dalam keadaan berpuasa,ini adalah caranya: 1 gelas=250ml 2 gelas sebelum makan sahur 2 gelas lepas makan sahur 1 gelas sewaktu buka puasa sebelum makan makanan berat 2 gelas lepas makan makanan berat 1 gelas sebelum menunaikan solat magrib 1 gelas selepas solat magrib 1 gelas sebelum solat isyak 1 gelas selepas solat isyak 1 gelas sebelum tidur Here you go! Anda telah berjaya untuk minum 3 liter air dalam sehari. Tahniah2. Bravo!! Kekal cergas di bulan puasa. Agar amalan dapat dijaga. Byeee.. Assalamualaikum.

Sunday 5 June 2016

Ramadhan Tanpa Atuk

Ini adalah kali pertama kami bersahur tanpa atuk. Pada akhir bulan lepas,atuk saya telah kembali kepada penciptanya. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira2 selepas isyak. Sedih rasanya apabila mengenangkan tiada lagi insan yang akan mengejutkan kami untuk bangun bersahur. Tiada ada lagi insan yang akan membawa kami dua beradik ke bazaar ramadhan. Atuk,kami semua sayang atuk. Pemergian atuk memberi kesan yang sangat dalam buat kami. Kami sayang atuk. Moga atuk tenang di sisi Allah.Moga atuk tergolong dalam kalangan orang2 yang beriman. Al -Fatihah...

Saturday 4 June 2016

Berjuang Demi Hidup

Hai semua!!! Assalamualaikum. Haha. Al maklumlah,inikan first time saya buat blog,so dia punya excited memang lain macam sikit. Dup dap dup dap jantung ni waktu tunggu boleh create ke tak. Sebab dah try banyak kali,tapi tak dapat. Sedihnya... Sob.. Sob.. Tapi alhamdulillah, setelah beberapa kali percubaan,akhirnya blog ini daat ditubuhkan! Horay!!! Alhamdulillah. Haha. Diharapkan blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Andai saya ada tersalah cakap dan terkasar bahasa dalam post2 saya nanti,saya minta maaf k. See u soon! Assalamualaikum.