Sunday, 12 June 2016

Kelas Tilawah Al-Quran. Ohh My Allah!!!

Assalamualaikum. Opppsss.. Sorry. Dah lama pula tak update. Maklumlah,agak sibuk sikit uruskan macam2 hal. Ok,ceritanya macam ni. Khamis lepas,iman ada kelas Tilawah Al-Quran. So kami ni gigihlah berjalan dari rumsis ke fakulti API. Bila sampai di sana,lecture kami belum sampai. So kami pun duduk melayan mood masing2. Tetiba ketua kami keluar dari kelas. Tapi kami buat tak tau je. Bila dia masuk balik,dia edarkan kertas. Sorang kena ambil sehelai.
Haaaa.. Nilah dia. Surah2 ni perlu kami hafal. Mula2 tu terkejut juga. Banyak tu surahnya. Tapi alhamdulillah surah2 ni surah lazim dan pendek. Senang sikit nak hafal. Mungkin ini adalah titiknya untuk kami berubah menjadi insan yang cinta pada al-Quran. Moga ini juga menjadi titik perubahan yang baik untuk kita semua.Moga Allah permudahkan segala urusan Iman dan kawan2 utk menghafal surah2 ni dgn tajwid dan bacaan yang betul. Dan semoga kami dapat ditasmek dengan mudah dan lancar. Doakan kami berjaya di dunia dan akhirat. Moga kami dapat menjadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara kami. Wallahualam. Opsss.. Lupa nak bagi tau, kelas batal pula.. Adehhh!

No comments:

Post a Comment