Tuesday, 30 May 2017
Genap Setahun Di KUIM
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah hari ni genap dah setahun di KUIM. Walaupun sekarang ni kami semua tengah cuti sem, tapi still ingat lagilah waktu2 macam ni tengah duduk bawah kemah yang panas gila (KUIM mmg panas sebab dekat dengan laut) dan dengar ceramah2 hal berkaitan dengan KUIM. Tapi waktu ni jasad je ada dekat sana. Hati, fikiran dll semua ada dekat rumah. Yalah waktu2 macam ni atuk saya baru sahaja meninggal dunia. Saya cuma sempat untuk hadir pada tahlil di hari pertama sahaja sebab esoknya saya terus mendaftarkan diri di KUIM. Mula2 masuk memang tak ada kawan. Duduk sorang2 je. Habis kelas terperuk dalam bilik, atas katil. Orang x faham kenapa saya sedih sedangkan yang meninggal tu cuma atuk sahaja. Tapi saya ni memang rapat dengan atuk. Dari saya lahir sampai atuk dah nak meninggal, saya memang duduk dengan atuk. Atuk tengah nazak pun, saya yang berada di sisi dia bacakan yassin, ajar syahadah. Tapi ada yang tak faham. Terus label saya macam2. Adalah budak2 yang sentiasa nak kecam saya. Boleh kata ada yang sentiasa mencari salah saya di mana. Sepatutnya kita hormati orang macam ni. Bagi sokongan moral dan bantu mereka untuk bangun. Bukannya kecam dan saling menjatuhkan. Tapi x apalah. Perkara dah berlalu. Saya maafkan dan ikhlaskn semua yang terjadi. Mungkin saya pun ada silap saya. Yalah kitakan cuma manusia biasa. Sering melakukan perkara2 dosa dan maksiat tanpa kita sedar. Moga di masa hadapan kita dapat membaiki diri kita agar menjadi seorang yang lebih baik akhlaknya. Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment