Wednesday, 31 August 2016

Malaysiaku Tercinta


Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
Hari ini genap 59 tahun kita merdeka. Segala darah yang tumpah dan titik peluh yang jatuh sebenarnya membawa hasil. Kini anakmu, cucumu hidup dalam keadaan merdeka. Kami tidak perlu menghusung senjata ke sana sini. Kerana kini kita telah merdeka. Tapi cuba kita fikir. Adakah kita benar2 merdeka? Cuba kita hirup udara yang ada pada hari ini. Adakah ini udara kemerdekaan atau udara penjajahan? Walaupun negara ini sudah merdeka,isinya masih dijajah. Kita dijajah dengan budaya barat yang kini semakin menular dalam diri rakyat. Sehingga kita lupa asal usul kita. Sudah merdekakah kita?

No comments:

Post a Comment