Tuesday, 30 May 2017

Genap Setahun Di KUIM

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua.  Alhamdulillah hari ni genap dah setahun di KUIM.  Walaupun sekarang ni kami semua tengah cuti sem, tapi still ingat lagilah waktu2 macam ni tengah duduk bawah kemah yang panas gila (KUIM mmg panas sebab dekat dengan laut) dan dengar ceramah2 hal berkaitan dengan KUIM. Tapi waktu ni jasad je ada dekat sana.  Hati, fikiran dll semua ada dekat rumah.  Yalah waktu2 macam ni atuk saya baru sahaja meninggal dunia. Saya cuma sempat untuk hadir pada tahlil di hari pertama sahaja sebab esoknya saya terus mendaftarkan diri di KUIM.  Mula2 masuk memang tak ada kawan.  Duduk sorang2 je.  Habis kelas terperuk dalam bilik, atas katil.  Orang x faham kenapa saya sedih sedangkan yang meninggal tu cuma atuk sahaja. Tapi saya ni memang rapat dengan atuk.  Dari saya lahir sampai atuk dah nak meninggal, saya memang duduk dengan atuk.  Atuk tengah nazak pun, saya yang berada di sisi dia bacakan yassin, ajar syahadah.  Tapi ada yang tak faham.  Terus label saya macam2. Adalah budak2 yang sentiasa nak kecam saya.  Boleh kata ada yang sentiasa mencari salah saya di mana.  Sepatutnya kita hormati orang macam ni.  Bagi sokongan moral dan bantu mereka untuk bangun.  Bukannya kecam dan saling menjatuhkan.  Tapi x apalah.  Perkara dah berlalu.  Saya maafkan dan ikhlaskn semua yang terjadi. Mungkin saya pun ada silap saya.  Yalah kitakan cuma manusia biasa.  Sering melakukan perkara2 dosa dan maksiat tanpa kita sedar.  Moga di masa hadapan kita dapat membaiki diri kita agar menjadi seorang yang lebih baik akhlaknya.  Insyaallah.

Sunday, 28 May 2017

Lupa Macam Mana Nak Buat New Post

Assalamualaikum and selamat berbuka puasa kepada semua!  eh sat.  puasa ke x tadi? hahaha.  adoii..  nampak macam lawak je kan tittle post kali ni.  al maklumlah dh lama sangat2 x buka and post apa2 sampai terlupa macam mana nak post new entry. haha.  dalam kegembiraan kita menyambut ramdahan kali ni, sebenarnya hari ni genaplah setahun atuk saya iaitu Johanis bin Idrus pergi meninggalkan kami sekeluarga.  waktu macam ni pada tahun lepas rasanya saya tengah sibuk mengemas rumah sebab nak menyambut kedatangan jenazah atuk dari hospital. terasa pilu bila teringat kembali peristiwa tu.  tapi kami sekeluarga akan tetap kuat untuk mengharung segala dugaan dan cabaran.  semoga kami semua kuat untuk menghadapinya.  dan semoga arwah atuk tenang di sana.. kami semua sayang atuk.  akak sayang atuk.  ðŸ˜¢ðŸ’ª


#hidupmesticowiy

Thursday, 24 November 2016

Memborong di China

Assalamualaikum semuaaaa..  Maaflah sebab dah lama tak update blog ni.  Sebenarnya iman agak sibuk kebelakangan ni.  Baru2 ni iman ke China kerana ingin mememulakan perniagaan.  Rasanya, semua sedia maklum iman baru 18 tahunkn?  Tapi Alhamdulillah atas usaha dan doa semua orang, iman dh ada bisnes kecil-kecilan.  Kini saya ada menjual smartwatch, beg standard size, beg cerut dan bracelet.  Nanti saya kongsikan gambar2 jualan saya ya.

Monday, 7 November 2016

Jatuh. Kaki Bengkak.

Hi semua!!!  Apa khabar semuanya?  harap2 semua dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.  Maaf sbb tak update.  Agak sibuk dan tidak berapa sihat sebenarnya.  28/10/2016 hari tu iman jatuh waktu nak buang sampah.  So buku lali bengkak sbb ankle sprain.  Alhamdulillah dah nak elok.  Tapi disebabkan busy nak ke china dan passport pula kena curi so bnyk keje nak kena buat.  Alhamdulillah.  Passport baru dah siap dibuat. Harap2 segala urusan bak ke china ni Allah permudahkan.  Doakan saya cepat sembuh ya!!!  Opppsss..  Kjp2. Tak tau apa nak buat kalu passport hilang?  Hihi. insyaallah esok saya ajar caranya. Ni penat dah. Huhu.  Byee..  Assalamualaikum.


Tuesday, 25 October 2016

Please Respect Relay I





Aku bercinta dengan katil aku.  Kalau aku
tak reply whatsapp, please respect relationship aku k.  Thanks.
#iloveuencikkatil
#don'tdisturb
#acahhhh

Hospital Sultanah Aminah

Salam takziah dari saya untuk semua yang terlibat dalam insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah sebentar tadi.  Moga tabah semuanya.

#prayforhsa


Sunday, 16 October 2016

Ke Mana Menghilang Wahai Mentari?

"Kadang - kadang Allah sembunyikan matahari,

DIA datangkan petir dan kilat,

Kita menangis dan tertanya - tanya ke mana hilangnya matahari?

Rupa - rupanya

Allah hendak memberi kita pelangi"

#bahagiaitudatangdariAllah